Pages

Saturday, February 11, 2012


Sumber :www.iluvislam.com


"Hati adalah sasaran utama proses tarbiyah," Kata-kata yang masih tersemat kukuh di jiwa saya.

Tema proses tarbiyah adalah Imanubillah (beriman dengan Allah S.W.T) dan Imanubil akhirah (beriman dengan hari Akhirat). Tema ini akan terus ditekankan, difokuskan dan diutamakan dalam membentuk keperibadian mukmin yang tunduk dan patuh kepada sistem aturan Allah S.W.T.

Fokuskan diri kita dengan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Antara unsur-unsurnya ialah taubat, mengingati mati dan takut dengan azab api Neraka.

Tema-tema inilah yang kini menjadi fokus di dalam proses pembentukan keperibadian mukmin pada saat ini dan ia akan menjadi teras tarbiyah sehingga bertemu Allah S.W.T. Tidak boleh berlaku sebarang pengabaian terhadapnya walaupun seketika!

Kata-kata dari ulama Indonesia, dalam bahasa Indonesia ia disebut cambuk hati. Dalam bahasa kita, ia disebut "Merotan Hati". Mudah sebut, ia adalah pukulan, tubi-tubi kepada hati dengan sesuatu agar hati menjadi peka, sensitif, sedar dan kembali bermaya.

Merotan hati dengan amalan soleh inilah yang akan memberikan kita jalan untuk meniti Syurga Allah S.W.T. Jalan mencintai Allah, merindui Allah dan sentiasa memelihara hubungan jiwa, hati dan perasaan terhadap-Nya.

Ibnu Taimiyah R.A juga berkata perkara yang sama, " Sungguh, di dunia ini ada Syurga, siapa yang belum memasukinya, ia tidak akan memasuki Syurga Akhirat."

Mereka bertanya kepadanya, "Apakah itu?"

Ia menjawab, "Syurga ma'rifatullah (mengenal Allah), mahabatullah (mencintai-Nya), rindu kepada-Nya dan berlemah lembut kepada-Nya."

Hati kita sifatnya mudah berdolak balik. Bertukar rasa dan perasaannya. Hati kita perlu ada sistem yang menjadi peringatan yang tetap dan berkala. Jika tidak, hati itu akan menghitam, keras, kaku, tidak bermaya dan gersang.

Bayangkan, hati itu bermaksiat. Pada mulanya ia merasakan dirinya bersalah. Kemudian, terasa akan keseronokan maksiat. Kemudian, hilang rasa takut bermaksiat. Tanda kemuncak bermaksiat kepada Allah S.W.T ialah bermegah-megah dengan maksiat yang dilakukan.

Na'uzubillahiminzalik. Mohon lindung daripada Allah S.W.T.

Tema tarbiyah tidak dapat tidak harus berlingkaran dalam putaran ini : Tazkiyatun Nafs (penyucian jiwa), proses pembersihan diri melalui taubat dan memberikan ancaman-ancaman berkaitan azab neraka.

Hati perlu ditubi-tubi dengan amal soleh, amal kebaikan dan cahaya kebersihan ma'ruf. Simbahan cahaya kebaikan inilah menjadikan ia kembali bersih, jernih, putih dan segar. Jika tiada bentuk tubian sebegini, hati mudah terlalai, leka, lupa dan alpa.

Saya meninggalkan jejak di pondok teduhan ini dengan pesanan murabbi saya berkaitan hal ini, mudah- mudahan saya adalah individu yang sentiasa menyematnya di akal, menanamnya di jiwa dan membumikan dalam amalan.

Gagahkan dirimu untuk bangun awal di pagi yang hening sebelum Subuh untuk mendirikan solat sunat dua rakaat kerana ia adalah waktu yang terbaik untuk membersihkan dan menjernihkan hati. Ketika itu, ia merupakan latihan keikhlasan, kejujuran, perhambaan dan medan mencurahkan perasaan kepada Ilahi.

Lazimkan agenda harian di awal pagi dengan sarapan rohani sebelum sarapan pagi. Zikrullah dengan kalimah-kalimah menyentuh jiwa, membersihkan kotoran perasaan berdosa pada hati dan melembutkan hati yang telah keras dan lesu. Zikir al-Mathurat adalah zikir yang sesuai untuk diamalkan.

Pastikanlah setiap hari kita semua menatap, membaca dan mentadabur ayat-ayat suci al-Quran sekurang-kurangnya dua halaman. Inilah ubat penawar yang paling utama buat hati. Tiada pengecualian bagi Mukmin sejati.

Konsisten dan istiqamahkanlah melaksanakan ia secara berterusan setiap hari. Biarpun sedikit, tetapi keutamaan kita adalah istiqamah pada amal soleh yang berkualiti buat hati. Wahai diri, rasailah perbezaannya dan kenikmatannya.

Memburu kemanisan dan kelazatan Iman, ia perlu adalah kesungguhan, fokus, konsisten dan mujahadah yang tinggi.

Tuesday, December 20, 2011

Tukarkan Mulut Kepada Badan



Mungkin apabila baca sahaja tajuk post ini,ramai yang akan berfikir tentang suatu makhluk yang digelar “Alien”.Betul tu,tak mustahil bagi sesiapa yang membaca tajuk post ini untuk berfikiran begitu.Atau mungkin juga macam-macam benda lain lagi yang akan difikirkan oleh anda semua.Yang pastinya,tajuk post ini telah menimbulkan tanda soal dalam otak masing-masing.

Kenapa pula ? Of course lah,sebab mana mungkin kita boleh bercakap dengan menggunakan badan sebaliknya kita hanya mampu menggunakan mulut.

Mulut,mulut ialah salah satu anggota yang kita gunakan untuk berkomunikasi,makan,bercakap,dan sebagainya.Alhamdulillah,dengan nikmat Allah yang satu ini sahaja,kita dah boleh buat macam-macam.Termasuk juga dengan menyampaikan dakwah,risalah nubuwwah,teguran dan sebagainya.Bagus,dengan cara-cara seperti memberi tazkirah,ceramah seperti inilah secara tak langsung bukan sahaja dapat membantu Islam itu tersebar tetapi hal ini sekaligus memanifestasikan rasa kesyukuran kita kepada Allah dengan menggunakan mulut sebaik-baiknya.


Dan melalui mulutlah,telah lahirnya ramai tokoh pidato yang bermacam-macam.Lihat sahajalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,ketua pembangkang yang cukup terkenal.Walaupun beliau kini dilanda dengan pelbagai isu,tetapi jangan kita lupa bahawa beliau juga merupakan seorang pemidato yang handal sejak bergelar mahasiswa lagi.Oleh kerana kehandalannya jugalah,pada hari ini beliau berdiri di pentas dunia untuk membuat satu reformasi dalam dunia politik tanah air.

Walaubagaimanapun,bukanlah tentang peribadi beliau yang ingin diceritakan di sini apatah lagi mahu berbicara mengenai parti politik.Tetapi kita seharusnya mengambil yang baik dan menjadikan yang buruk itu sebagai sempadan dan iktibar.Berkenaan isu liwat beliau,penulis tak mahu berkata apa-apa kerana tiada kaitannya.Tetapi yang penulis ingin tekankan di sini ialah pemidato mahasiswa.



Zaman mahasiswa-mahasiswi kini memperlihatkan kita bahawa gelombang pemuda-pemudi Negara bakal menggegarkan arena politik tanah air.Lihat sahajalah isu terbaru ini iaitu isu penurunan bendera Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak.Isu seperti ini sebenarnya telah menjadi tanda awas kepada pemimpin-pemimpin tanah air tentang kuasa mahasiswa.

Bermula pada zaman mahasiswa inilah,golongan pemuda dan pemudi mula mengembangkan kebolehan dan pengaruh masing-masing dalam pelbagai bidang yang masing-masing cenderung.Ada yang tersangkut dengan dunia politik,ada juga yang tersangkut dengan jemaad-jemaah Islam dan lain-lain lagi.

Lalu pelbagai programlah yang dianjurkan oleh mahasiswa tempatan untuk merealisasikan pemuda harapan.Ada program yang bermatlamatkan kepimpinan,ada juga program yang bermatlamatkan pembentukan pemuda dan remaja serta banyak lagi.Dalam program-program seperti inilah sudah tentu banyak sekali pembentangan,diskusi,pengucapan awam yang akan dilakukan bagi mencapai hasrat tersebut.Dan tidak keterlaluan juga seandainya penulis mengatakan ada sesetengah program turut mengadakan aktiviti jidal atau debat bagi melahirkan pemuda yang berfikiran kritis dan kreatif.


Alahai malangnya,hasrat yang diingini itu hanya tercapai dalam program sahaja.Tamat sahaja program,langsung tak nampak kesannya.Mungkin ya kesannya ada tetapi terlalu kecil hampir kepada tiada.

Apa yang dapat dilahirkan selepas sesuatu program kebiasaannya ialah pemuda retorik,pemuda hangat-hangat tahi ayam,pemuda sampah,pemuda hampeh,dan banyak lagilah gelaran yang diberikan.

Mengapa berkata demikian ? ya,kerana sudah jelas,pemuda-pemudi zaman kini hanya mampu bercakap sahaja tetapi kosong dalam arena pelaksanaan.Selalu kita dengar pidato,ceramah yang kuat disuarakan oleh golongan pemuda tetapi jarang kita lihat kandungannya dilaksanakan.Kita selalu dengar daripada mulut mahasiswa-mahasiswi bahawa Islam itu begini begitu dalam sesebuah majlis.Kita juga selalu dah dengar dari mulut-mulut kawan kita bahawa kita sebagai pemuda perlu begini begitu.Tetapi apabila tamat sahaja majlis tersebut,hilang terus.

Ku sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari.Inilah realiti mahasiswa-mahasiswi kini.Hanya pandai bercakap sahaja,sedihnya pelaksanaan tak mampu nak buat.Kita pandai bercakap tentang pengurusan itu pengurusan ini,tetapi pengutusan hidup kita pun kita abaikan.Kita pandai bercakap bahawa Islam itu Islam ini,tetapi kita tak buat pun.

Aduhai,celakanya diriku ini kerana apa yang penulis tulis ini ialah teguran dan kritikan kepada penulis sendiri sebenarnya.Mungkin pembaca blog ini fikir bahawa post ini untuk anda,tetapi hakikatnya tidak.Penulisan ini hanya untuk diri penulis sahaja.Tetapi,seandainya anda juga sama seperti penulis,maka ya ,post ini untuk anda juga.Sama-sama kita bermuhasabah.
Kerana dunia kini tak menuntut kata-kata sebaliknya menuntut tindakan.Zaman mahasiswa pandai bercakap sudah lapuk,kini dunia mencari mahasiswa yang handal dalam tindakannya.Berkata itu indah,tetapi lebih indah jika kita berkata dengan badan kita yakni lakukan apa yang kita kata.Nabi juga turut melakukan sedemikian.Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui tauladan.


Tindak-tanduk Nabi Muhammad SAW lah yang sebenarnya telah membina pengaruh yang besar dalam hati masyarakat sekelilingnya.Bukan kata-katanya sebaliknya tndakannya.Dalam idiom English juga selalu kita dengar,”action speaks louder than apa entah,tak ingat..=D”

Mohon maaf seandainya terkasar bahasa dalam post kali ini.Hakikatnya,perlu juga kekasaran kadang-kala supaya kita tidak sentiasa berada dalam zon keselesaan.Ingatlah juga bahawa Allah akan sentiasa menguji kita dengan apa yang kita katakana.Oleh itu,berwaspadalah dengan kata-kata anda.Teguran,nasihat dan peringatan serta muhasabah buat diri penulis dan kawan-kawan.

Tuesday, December 6, 2011

Bangkitlah wahai huffaz!


Bismillahirrahmanirrahim.

Buat pertama kalinya jari-jemari ini meninta di ruangan maya blog generasi 12.Semuanya atas dasar kesedaran dan minat yang mendalam terhadap penulisan.

Penulis tahu bukan semua yang membaca coretan pendapat dan peringatan ini,malah mungkin tiada orang pun yang membaca nukilan ini.

Namun,apa penulis kisah.Yang penting salah satu daripada tugasan dan lorong-lorong taklifan dakwah yang diamanahkan telah dilunaskan menerusi media.

Huffaz pemangkin kecemerlangan negara.

Huffaz pencorak biah solehah.

Huffaz model masyarakat.

Bermacam-macam label yang diletakkan kepada huffaz di negara ini.Semuanya baik-baik belaka.Tidak kurang juga yang mengangkat setinggi-tinggi martabat para huffaz hingga huffaz sendiri merasakan terlalu bangga dan terapung-apung di zon selesa.

Memang diakui di dalam Al-Quran dan di dalam hadis Rasulullah akan kelebihan dan fadhilat yang bakal diperoleh bagi yang menghafal Quran.

Tidak kurang juga faedah menghayati Al-Quran yang digariskan di dalam kalam Allah tersebut.

Namun,bagaimana pula dengan situasi huffaz di negara Malaysia sekarang?

Adakah benar-benar berada mantap luar dan dalamnya?

Atau sekadar menghafal di minda semata?

Cuba kita alihkan pandangan kita di Darul Quran misalnya.Sebuah institut tahfiz yang cukup dibanggakan masyarakat.

Acap kali digembar-gemburkan masyarakat akan kebaikan huffaz di hub pendidikan ini.

Ramai yang memandang tinggi akan reputasi dan potensi Darul Quran.Mungkin kita biasa dengar,

"Baguslah belajar di Darul Quran.mesti dah banyak hafal kan"

Tidak kurang juga yang menolak untuk menjadi imam.

"Untunglah belajar kat sana.Boleh jadi imam."

Bagaimana pula dengan ini,

"Apa hukum pakai seluar pendek ha?"

"Apa dalil haram pakai seluar pendek ya?"

"Bagaimana dengan pergaulan di tempat-tempat awam.Boleh bagi penjelasan?"

Mungkin itu salah satu daripada soalan-soalan klise yang pernah meniti di telinga kita.

Belum lagi dengan aplikasi kita,para huffaz terhadap isi kandungan kitab tersebut.

Berapa ramai kita tengok di pusat tahfiz sendiri yang memakai seluar pendek?

Dan berapa ramai pula para huffaz yang menghisap rokok?

Hei,common la huffaz.Jangan buat malu huffaz.

Takkan dekat institut tahfiz pun nak menghisap benda alah haram tu.

Memang sekali memulakannya memang payah hendak berhenti.Tapi usaha mesti ada.

Walaupun penulis tiada pengalaman itu tetapi sejarah telah pun membuktikan bahawa ianya tidak mustahil.Bergantung kepada tekad dan ikhtiar.Pergantungan jangan dilupa.

Sudah berapa banyak kali perkataan 'membinasakan' dan 'membazir' meniti di bibir kita ketika membaca Quran?

Takkan daripada 30 juzuk Quran tiada langsung yang dihayati.

Sesungguhnya setiap penyakit pasti ada ubatnya.Bergantung kepada kita sama ada mahu mencari penawat itu atau terus mencampakkan diri kita hanyut ke lembah tidak bermatlamat itu.

Malulah seseorang individu yang digelar hafiz sekiranya ia sendiri tidak meng'hafiz' amalan-amalan yang dititahkan Allah menerusi kitab suci agung itu.

Kepada sesiapa yang terbaca artikel ini, harap sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik.Kongsikan input-input yang mampu memberi impak kepada jiwa sahabat-sahabat kita.

Seru orang lain ke jalan Allah.

Ingatlah, hanya Allah matlamat kita dulu,kini dan selamanya.Tiada penghujung.

~Jangan sampai Quran yang kita hafal melaknat semula diri kita.

***************************************

Di sini ada sedikit puisi untuk tatapan dan penghayatan.

Boleh klik link di bawah.Moga bermanfaat.=)

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/2011/11/kau-hafiz-muda.html

Friday, November 25, 2011

Exam Sem 2:Retorikkah Ukhuwah Kita?

Menjadi realiti apabila exam semester 2 kali ini berjaya ditempuh dengan jayanya.Walaupun tak adalah jaya sangat,tapi alhamdulillah sekiranya nak dibandingkan dengan exam sem yang lepas.Nak kata exam kali stress tak adalah stress mana sangat kalau nak dibandingkan sem 1 dulu..pelik....sebab ramai orang stress untuk sem 2 ni.Tapi tak untuk aku..hehe,aku pun tak tahu kenapa..tapi happylah juga.



Untuk madah Al-Quran,Alhamdulillah walaupun tak sempat nak cover semua awal maqra',dapat jugalah jawab.

Syafawie:
Pergh..memang terkejutlah tetibe je dapat 4 awal maqra',2 awal surah,satu tebuk.tak ada awal juzuk pun .Memang format yang aku dapat ni giler kejamlah senang cerita.Walaubagaimanapun,alhamdulillah aku dapat juga jawab 6 soalan daripada 7 tu.Nasib baik aku dapat ustaz yang ok,kelakar.Ada ke patut dia boleh tanya aku nak kahwin ke tak sebab maqra' yang aku tak dapat jawab tu ayat pasal kahwin.Tergelak aku dalam bilik tu.Bayangkanlah,elok2 mood tengah cuak tetibe jadi tenang.Alhamdulillah....

Tahriri :
habis je syafawi,hati aku tak tenang sebab kertas esoknya Tahriri.Kertas ni lah yang buat aku down masa exam sem1 dulu.Adalah ceritanya,panjang tapi malas nak cerita.Tapi memang sedihlah juga.Petang lepas exam syafawie tu aku terus cover beberapa awal maqra' yang aku rasa famous dan bakal masuk esoknya.Lepas tu,terus study past year paper 2008,2009,dan 2010.Pagi tu,pergh awal giler aku bangun,cuak punya pasal.Bila masuk je dewan,buka kertas...aku rasa nak jerit...AAARRRRRGGGGHHHHH!!!.....sebijik macam soalan 2010..memang panjanglah bibir aku time tu.Tak tahu nak pilih yang mana,aku jawab je semua.Alhamdulillah,Allah permudahkan aku.

Tajwid:
Ni lagilah aku tension,bayangkan kelas aku cuma ada 3 kali je,yang aku pergi cuma 2 kali je.Belajar sampai makhraj huruf.Yang lain tu,pergh...terpaksa aku belajar dengan kawan2 aku.Tak boleh tahanlah belajarnya,dahlah bahasa arab..macam belajar kitab tafakuh aqidah dengan ustaz wan pun ada juga.Nada pun terpaksa tiru Ustaz Wan sebab nak bagi faham punya pasal.Malam nak dekat pukul 12,try jawab soalan 2008 dgn 2009.Tak sempat nak cover 2010 punya.Mata dah ngantuk sgt,tido je la.Esoknya,baca sekali lagi nota sekali lalu..terus masuk dewan.Sekali lagi aku rasa nak jerit...AAAAARRRRGGGGHHHHHH!!!.....sebijik macam 2008,ada hikmahnya aku tak sempat study 2010.Soalan suruh jawab 4,aku ingat nak jawab 6 tapi sebab aku fikir nak keluar awal,nak study english untuk petang tu,aku jawab 5 je.Dah siap tu,tetiba pulak ada ustazah kata arahan soalan salah,memang kena jawab 5...fuh...nasib baik,tapi malas lah aku nak jawab lg satu soalan tu,sejuk sangat kot dewan tu,dahlah tak boleh pakai jacket.Dalam masa sejam je aku jawab 5 soalan..pergh,memang gempaklah aku(gempak ke mendenya,soalan 2 tahun lepas..hehe)


English:
Passage langsung aku tak faham,stress aku dibuatnya,yang aku tak faham tu aku hentam je.Nasib baik essay tu aku faham soalannya,bolehlah nak jawab.Kesian juga tengok soalan essay untuk G3 dan G5.Susah kot...tapi aku pun tak boleh buat apalah,nak tolong korang pun tak boleh.Sorrylah.Ada hikmah tu InsyaAllah.

Understanding Islam:
Soalan awal-awal tu bolehlah lagi aku jawab.Sampailah soalan last sekali tu,aku pun tak tahu nak jawab apa.Sudahnya,aku jawab je kesemua syirik tu.Dah tak tahu syirik yang mana satu,aku letak jelah semua syirik yang aku belajar.Hehe..ni namanya taktik,at least mesti dapat markah juga.


tapi itu cerita aku bukan cerita kawan-kawan aku yang lain.Mungkin untuk aku,aku happy dengan exam kali ini tapi bukan kawan-kawan aku.MEmang majoritinya tension dengan exam kali ini.Hari first exam pun dah ada yang memang down giler2 tak dapat perform syafawie.Ada yang masuk bilik,tendang pintu,pukul pintu,jerit kuat-kuat.Memang nampaklah stress,walaupun jerit kuat-kuat tu memang dah jadi kebiasaan bagi banin tapi jeritan kali ini memang nampak jeritan yang menunjukkan kecewa dan stress.Sampai ada yang dah give up dengan Al-Quran.Time tu,aku teringat kawan aku pernah cakap yang setiap orang ada ups and downs.Betullah tu.Sem yang lepas down untuk aku tapi sem kali ini up untuk aku.Mungkin juga perkara ni sebaliknya untuk kawan-kawan aku.



Ibrah dari post:
Sebenarnya,memang setiap manusia akan hadapi kesedihan dan kegembiraan yang berselang-seli.Mungkin apa yang penulis nak cakapkan ni dah selalu dah dengar.Samapai dah lali telinga nak dengar.Tapi cuba kita fikir,adakah kita menghayatinya bila kita berada di tempat kesedihan?..tidak,ramai antara kita tidak menghayati pesanan ini sebaliknya bertindak mengikut emosi.Petua penulis skor exam kali ini?...tak ada petua pun sebenarnya,cuma penulis belajar daripada kesilapan dan kesedihan yang penulis hadapi dalam exam sem lepas.Di saat orang lain sedang sibuk bergembira,happy join program Ukhuwah Day,Penulis sorang2 duduk di masjid,study untuk periksa ulangan.tak ada orang pun yang menjenguk,apatah lagi nak bagi kata-kata semangat.Time tu,memang hati penulis dah tak fikirkan kawan-kawan dah sebabnya ukhuwah kita cuma retorik sahaja,hanya menanam tebu di tepi bibir.Penulis tak cakap kawan-kawan penulis teruk ya,tapi diri penulis sendiri juga pun teruk sebab tak jaga ukhuwah.Bukan niat nak memburukkan mana-mana pihak tetapi sebagai ajakan untuk kita muhasabah.Time tu,hanya Allah di hati penulis..Alhamdulillah,Allah telah mengajar penulis time tu bahawa manusia ni cuma perlukan Allah pada waktuy-waktu susah je.Waktu-waktu gembira dan senang,kita lupa.Ini yang Allah nak didik kita sebenarnya.

Kepada rakan-rakan yang down untuk exam sem 2,ketahuilah Allah sayang pada kalian..dan post ini ditulis untuk penulis berkongsi tentang pengalaman sendiri kepada kalian semua supaya dapat dijadikan semangat buat kalian.Memanglah,penulis dapat jawab exam kali ni dengan baik,tetapi sebenarnya ia bukanlah kerana penulis,tetapi kerana Allah yang menggerakkan hati penulis dan Dialah pembantu penulis untuk exam kali ini.Dan penulis kongsikan bersama kepada kalian semua kerana 2,yang pertama ialah kerana Allah..dan yang kedua ialah kerana.....


"ANA SAYANG ANTUM SEMUA,ANA TAK NAK UKHUWAH KITA RETORIK"

Wednesday, November 23, 2011

Anda stress study tajwid?

Pada malam sebelumnya exam tajwid,terdapat 3 orang banin sedang study giler100 bercampur dengan stress dalam sebuah bilik.Pintu dikunci bagi mengelakkan sesiapa masuk...terutamanya budak2 yang selalu masuk bilik tu,walaupun tarikan bilik tu masih belum dikenal pasti..lalu berlakulah ceritanya begini :

Penziarah A : tok...tok...tok..(bunyi ketukan pintu)

3 orang banin : AAAaaaaaaaaarrrrghhhhh!!!!!!!!....(dengan nada gelak2)
lalu penziarah A tadi tu pun terus meninggalkan bilik tu sebab x dapat masuk

Penziarah B : tok...tok...tok...

3 orang banin : AAAaaaaaaaaaaarrrrghhhhh!!!!......(nada gelak makin kuat-seronok sangat kot dapat kenakan orang)

lalu penziarah B tadi tu pun terus meninggalkan bilik tu sebab x dapat masuk

Penziarah C : tok..tok...tok...

3 orang banin : AAaaaaaaaarrrrghhhhhhhh!!!!!!!

Penziarah C : tok...tok..tok..

3 orang banin : AAaaaaaarrrrgghhhhhhh!!!!

Penziarah c : tok....tok......tok.....

3 orang banin :ish...dah 3 kali dia ketuk ni,siapa pulak datang ni?buka jelah pintu ni..

Bila pintu dibuka......

penziarah C : dik,abang datang nak minta derma

3 orang banin : alamak,sorrylah bang..kami ingatkan kawan kami...errk...kami #@$*^33###


*p/s : Lain kali datang ke bilik orang memberi salam terlebih dahulu.Dan kalau stress sekali mana pun,jangan kenakan dan gelakkan orang,...hihi..teguran untuk diri sendiri juga....hoho

Saturday, October 15, 2011

Masalah Efek Quran?

Masalah Efek Quran?

Menjadi suatu perkara biasa buat huffaz,para hamalatul quran dalam menempuh hari-hari yang dilalui di kampus atau maahad tahfiz masing-masing.Masalah?...apabila ditanyakan kepada semua orang,pasti semuanya mempunyai masalah Cuma berlainan masalah mengikut ujian yang ditetapkan oleh Allah S.W.T

Ada manusia yang diuji dengan harta,ada juga yang diuji dengan nafsu dan sebagainya.Namun,pada post kali ini bukanlah penulis ingin menceritakan tentang masalah mahupun nak memberikan cadangan macam mana untuk mengatasi masalah.Tetapi pada post kali ini sebenarnya penulis ingin mengajak sahabat-sahabat huffaz sekalian untuk muhasabah semula tentang pegangan dan pendirian kita kepada Al-Quran.

Main Questionnya..setinggi mana kita tempatkan quran dalam kehidupan kita?

Kenapa soalan ini yang menjadi main question?

Jawapannya kerana soalan inilah merupakan kata kunci untuk kita membebaskan diri kita daripada pelbagai ujian atau masalah yang kita hadapi.Kebanyakannya,apabila tiba sesuatu masalah menimpa buat diri seorang hamalatul quran,ramai dalam golongan ini menjadikan masalah yang menimpa mereka sebagai alasan kepada prestasi Al Quran mereka yang merudum atau merosot.Sebagai contoh,apabila ada masalah,kita tak mampu nak cari modal(menghafal) dan menghantarnya semasa waktu kelas tasmi’.Apabila ada masalah,prestasi iadah merosot,dengan alasan tak boleh fokus sewaktu iadah.Dan banyak lagi contoh-contoh yang penulis rasa sahabat-sahabat huffaz sudah maklum.

Timbul persoalan,manakah ayat-ayat suci Al-Quran yang kita hafal?Adakah kita menghafal semata-mata ingin berlumba-lumba siapa cepat habis muqarar?Atau untuk mengejar masyi?Ataupun untuk target 4 flat dalam exam?

Sahabat-sahabat yang penulis kasihi,tidak sepatutnyalah kita menjadikan masalah yang kita hadapi seharian sebagai punca kepada merudumnya prestasi Al-Quran kerana Al-Quran itu sendiri hakikatnya Allah turunkan sebagai cara penyelesaian kepada semua masalah yang ada di muka bumi ini serta menjadi kekuatan kepada kita sebenarnya untuk menempuh liku-liku hidup.Bukanlah post ini dibentangkan untuk mengkritik sahabat-sahabat sahaja tetapi untuk mengkritik diri penulis yang menghadapi situasi yang sama.Penulis mendapat ilham untuk menulis post ini setelah penulis mendengar sendiri nasihat atau kata-kata akhir sahabat fast track penulis,Ahmad Ibrahim :

“Sepatutnya,apabila kita ada Al-Quran,kita menjadi lebih kuat.Kita seharusnya bangga dan berasa mulia apabila kita ada AL-Quran.Dan kita sepatutnya menjadi lebih daripada orang lain..kerana kita ada AL-QURAN”

Lebih kuranglah ayatnya macam tu,maaf sebab penulis ni bukanlah dhabit orangya.Melalui ayat inilah,penulis sedar selama ini penulis dan beberapa para sahabat hanya meletakkan Al-Quran sekadar untuk akademik,kebanggaan..tidak lebih dari itu.Kita gagal meletakkan Al-Quran sebagai sumber tarbiyah kepada diri kita,gagal menjadikan Al-Quran sebagai pedoman kita.

Betul,untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber kekuatan dan tarbiyah bukanlah suatu perkara yang mudah.Tetapi kita mesti faham dan ada usaha untuk melakukan demikian.Wallahua’lam..ayuh para huffaz..lakukan perubahan.

Sunday, August 28, 2011

Kerugian terbesar




Detik ini,
Lautan masyarakat berlumba-lumba menggapai duniawi yang menjerut,
Kekayaan dikaut,pangkat dilaung dan disebut-sebut,
Soal agama kian berubah menjadi entiti yang semakin reput,
Falsafah hidup mereka hanya dunia tempat berpaut.

Saat ini,
Lambakan umat Islam tidak faham terminologi Islam yang hakiki,
Maruah digadai,akhlak menjadi aspek untuk dihamun maki,
Aurat kian dipamerkan persis tidak wujud istilah mati,
Apakah hanya sedangkal ini tarbiah Islam yang difahami?

Waktu ini,
Masyarakat berasa jelik untuk menghayati Islam itu bagaimana,
Mereka dibutakan dengan kesenangan yang hanya fatamorgana,
Doktor,Engineer,Arkitek,Saintis menjadi cita-cita utama,
Perihal Islam habis tenggelam entah ke mana.

Masa ini,
Jutaan masyarakat masih rabun dengan matlamat hidup mereka,
Ada yang tersimpang jauh menuju ke jurang neraka,
Walhal,semuanya berbalik kepada tujuan penciptaan manusia,
Menjadi hamba dan khalifah sebenar sepanjang masa.

Duhai umat Islam,
Jangan jadi lemah dan rapuh laksana buih di lautan sana,
Umat Islam harus kuat untuk berjuang menegakkan Islam yang tertinggi di seantero dunia,
Jernihkan hadaf hidup di ladang cucuk tanam dunia,
Moga kelak kita kan mengecapi nikmat seinfiniti syurga.

~Al-Misbahu fi zujajah~
  28 Ramadhan 1432H